Rangsangan Kata-Kata

Persediaan kepada pelajar bidang sains

Salam semua,

Selamat Belajar kpd semua rakan dan Selamat Datang kpd semua pelajar baru. Di harap tahun ini, kita akan dapat menghadapi pengajian kita dengan jayanya.

Tidak lama lagi, kita semua (pelajar bidang sains) akan dipanggil utk membincangkan tarikh2 amali bagi setiap subjek yang akan dijalankan di pusat wilayah ipoh. Oleh itu, bersedialah untuk menghadirinya kerana ia sangat penting dan memudahkan kita dan instruktor kita utk menyusun jadual. Bawalah bersama Academic Planner (AP) dan jadual peribadi (jadual pekerjaan kita - jika ada). Jangan lupa, minta nombor telefon instruktor kita itu dan rakan2 sekumpulan kita nanti.

Sebenarnya saya kurang pasti, akan wujudkah amali bio di pusat wilayah kita ini. Kerana, tahun lepas, kita menghadapi masalah bahan dan peralatan yang tidak mencukupi. Akhirnya, semua eksperimen itu terpaksa dijalankan di kampus induk pada Kursus Intensif bulan nov-dec.

Walaubagaimanapun, beberapa eksperimen kimia masih dapat diteruskan di pusat wilayah seperti yang dijadualkan.

Peringatan kepada rakan2 yg akan menghantar laporan eksperimen (& juga pada diri saya sendiri), supaya mengepilkan cover laporan amali bagi setiap eksperimen. Cover ini boleh didapati di e-portal pppjj usm sendiri. Download satu dan fotostat beberapa keping utk eksperimen yg lain pula. Satu perkara lagi, fotostat laporan eksperimen tersebut utk simpanan sendiri. Jika timbul masalah pada laporan asal, kita masih ada penduanya!

Ok, itu sahaja makluman utk kali ini.


Cetak Artikel Ini

0 comments:

 
Powered By Blogger | Portal Design By iEn Edit By IpohMali © 2009 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top