Rangsangan Kata-Kata

Persediaan kepada pelajar bidang sains

Salam semua,

Selamat Belajar kpd semua rakan dan Selamat Datang kpd semua pelajar baru. Di harap tahun ini, kita akan dapat menghadapi pengajian kita dengan jayanya.

Tidak lama lagi, kita semua (pelajar bidang sains) akan dipanggil utk membincangkan tarikh2 amali bagi setiap subjek yang akan dijalankan di pusat wilayah ipoh. Oleh itu, bersedialah untuk menghadirinya kerana ia sangat penting dan memudahkan kita dan instruktor kita utk menyusun jadual. Bawalah bersama Academic Planner (AP) dan jadual peribadi (jadual pekerjaan kita - jika ada). Jangan lupa, minta nombor telefon instruktor kita itu dan rakan2 sekumpulan kita nanti.

Sebenarnya saya kurang pasti, akan wujudkah amali bio di pusat wilayah kita ini. Kerana, tahun lepas, kita menghadapi masalah bahan dan peralatan yang tidak mencukupi. Akhirnya, semua eksperimen itu terpaksa dijalankan di kampus induk pada Kursus Intensif bulan nov-dec.

Walaubagaimanapun, beberapa eksperimen kimia masih dapat diteruskan di pusat wilayah seperti yang dijadualkan.

Peringatan kepada rakan2 yg akan menghantar laporan eksperimen (& juga pada diri saya sendiri), supaya mengepilkan cover laporan amali bagi setiap eksperimen. Cover ini boleh didapati di e-portal pppjj usm sendiri. Download satu dan fotostat beberapa keping utk eksperimen yg lain pula. Satu perkara lagi, fotostat laporan eksperimen tersebut utk simpanan sendiri. Jika timbul masalah pada laporan asal, kita masih ada penduanya!

Ok, itu sahaja makluman utk kali ini.


Lokasi SK Wira Jaya

jumpa di sanaaaaaa...

JTW111 - Prinsip Perakaunan Kewangan

The Real Quiz sudah dipaparkan di Portal... sila ke sana segera!

Jika anda belum bersedia, tolong jangan jawab sekarang. Jika kuiz ini mendapat 0, bermakna anda sudah kehilangan 2% dari gred kursus. Please be smart!

Seperti dinyatakan dalam perancangan akademik, Lima sesi kuiz akan dibuat secara atas talian melalui portal pembelajaran iaitu pada Julai, Ogos, September, Oktober dan Februari. Setiap kuiz mewakili 2% daripada keseluruhan penilaian kursus.

Kuiz untuk Julai akan mula diaktifkan pada 25 Jun 2009 hingga 31 Julai 2009. (Sebarang rayuan untuk pengaktifan selepas 31 Julai 2009 tidak akan dipertimbangkan). Anda diberi peluang mencuba sekali sahaja dan masa yang diberi ialah 30 minit. Pastikan anda tidak terganggu dengan sebarang gangguan kerana cubaan ke-2 tidak akan dibenarkan. Anda boleh memilih menjawab pada bila-bila masa. Anda dibenarkan berbincang dan merujuk buku.

Soalan untuk kuiz Julai meliputi soalan objektif, betul salah, padanan dan esei. Topik-Topik meliputi prinsip perakaunan diterima umum, persamaan perakaunan, Kunci Kira-Kira, Akaun Untung RUgi

selepas selesai menjawab setiap soalan tekan 'submit' dan apabila selesai semua soalan tekan 'submit and all finish'. jika tidak, sistem tidak akan mengira markah kuiz anda

pengiraan markah kuiz:-

  • untuk 76%-100% (2 markah)
  • 65%-75% (1 1/2 markah)
  • 40%-64%(1 markah)
  • 25%-39% (1/2 markah)
  • 24 kebawah (0 markah)

Rujukan : Prinsip Perakaunan & Cg Narzuki Online


Selamat menjawab!

[source : USM]

JTW111 - Prinsip Perakaunan Kewangan

Tambahan kepada TUGASAN 1. Sila ambil maklum perkara ini.

Latihan 1.4


Selamat menjawab!

SILA KUMPUL DAN HANTAR SEBELUM 01 DISEMBER 2009

[source : USM]

Grouping JUE100-Preparatory English

Berikut adalah senarai ahli kumpulan yang telah dibentuk untuk menyiapkan tugasan yang diberikan:-

1] Mohd Faizal Bin Azizi
2] Azim Bin Mohd Layani
3] Azizah Binti Ishak
4] Salina Binti Ahmad
5] Norlia Binti Annuar

Bagi siapa-siapa yang telah berbuat demikian adalah diharapkan supaya menghubungi Admin untuk dipaparkan di sini.

Perhatian dan kerjasama semua student wilayah Perak amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih!

Grouping JUH101-Hubungan Etnik

Berikut adalah senarai ahli kumpulan yang telah menghantar senarai nama ahli kumpulan kepada hubunganetnik@gmail.com.

1] Mohd Faizal Bin Azizi
2] Azim Bin Mohd Layani
3] Azizah Binti Ishak
4] Salina Binti Ahmad
5] Norlia Binti Annuar

Bagi siapa-siapa yang telah berbuat demikian adalah diharapkan supaya menghubungi Admin untuk dipaparkan di sini.

Perhatian dan kerjasama semua student wilayah Perak amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih!

Tugasan JTW111 - Prinsip Perakaunan Kewangan

TUGASAN 1 - SILA KUMPUL DAN HANTAR SEBELUM 1 DISEMBER 2009

Awasssss!!!! 90% daripada pelajar yang F subjek ini adalah mereka yang tidak membuat tugasan. Pelajar wajib menjawab kesemua tugasan 1.1 iaitu sehingga ke tugasan 1.40. Tugasan-tugasan akan diberikan dari semasa ke semasa di portal INI.

Latihan 1.1

Latihan 1.2

Latihan 1.3

Selamat menjawab!

[source : USM]
 
Powered By Blogger | Portal Design By iEn Edit By IpohMali © 2009 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top